26 Mac 2011. Masjid Putrajaya. Program Imam Muda Qaryah. Slot Pengucapan Awam, Etiket Sosial dan Protokol. Tuan Penceramah YBhg. Al-Fadhil Ustaz Tuan Asmawi Bin Tuan Umar.
Huh!. Gabra juga jadinya bila jadi MC. Tidak pasal-pasal dilantik jadi MC. Walaupun tahu tidak berpengalaman, saya cuba juga menggalas tugas ini. Mungkin 'rezeki' saya datang awal hari ini. Agak mengecewakan. Saya yakin 'pelantikan' MC hari ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Saya akui.
Paling mengecewakan dimana di akhir sesi, saya tidak dapat memberi ucapan bagi mewakili rakan-rakan seperjuangan untuk melahirkan rasa penghargaan kepada tuan penceramah. Sememangnya YBhg. Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar telah memberikan ilmu yang cukup berguna kepada kami sebagai panduan dimasa akan datang. Terutamanya hal yang bersangkut tentang Teknik Pengucapan Awam berkesan, Etiket Sosial dan Protokol.
Bagi pihak rakan-rakan seprogram, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kelapangan dan kesudian YBhg. Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menyampaikan ceramah. Semoga segala ilmu dan 'rahsia' yang telah diberikan dapat diadaptasi oleh kami selaku peserta IMQ pada masa akan datang.
Penyampaian beliau yang agak sempoi dan 'brutal' sememangnya telah menambat hati setiap peserta untuk meminati corak dan kaedah penyampaian tuan penceramah. Kami peserta terutama saya amat bertuah kerana berpeluang bersemuka dengan beliau. Secara peribadi saya memang telah lama mengenali beliau tetapi hanyalah melalui corong Radio dan TV. Tapi alhamdulillah, akhirnya dapat juga berjumpa dengan beliau depan-depan dan sebagai bonus dapatlah berpossing sikit .
Sempat berposing dengan tuan penceramah. 'Ambil berkat '.
Berminat mengetahui lebih lanjut mengenai ustaz ini bolehlah melayari laman sesawang beliau di:
saya telah berpindah ke www.facebook.com/tuanasmawi www.twitter.com/tuanasmawi www.facebook.com/tuanasmawi4u termasuk www.twitter.com/hudalislam dan www.facebook.com/hudalislam
BalasPadam