nuffnang

Rabu, 8 Disember 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H

7 Disember 2010. Sekali lagi berpeluang menyertai sambutan Maal Hijrah 1432H. Kali ini diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bersama rakan-rakan sepejabat. Tema kali ini 1 Malaysia 1 Ummah.

Rasa bertuah juga sebenarnya dapat menghadiri sambutan ini, mewakili sekian ramai sahabat-sahabat lain dari Jabatan ini. Yelah.. dalam ramai-ramai orang di Jabatan tu, terpilih juga diantara yang terpilih. Walau pun pemilihan bukanlah atas suatu kriteria istimewa tapi tetap bersyukur kerana dapat peluang ke perhimpunan ini. Selain dari itu, alhamdulillah seperti biasalah dapatlah baju melayu baru. Biru torcoist ke ape benda namanyapun tak taula.

Tapi apapun, bukan itu soalnya. Yang penting dan utamanya dapat berpeluang menghadiri sambutan yang penuh keberkatan itu. Di samping dapat memperkuat azam baru, dapatlah juga menimba sedikit ilmu dan menambah kesedaran diri tentang peri pentingnya setiap insan bergelar muslim khusunya memperbaharui azam, bekal melalui kehidupan mendatang yang belum menjanjikan apa-apa. Juga sebagai medium atau platform bagi setiap diri bermunasabah akan segala hal dan perkara yang telah diperbuat. Sebanyak mana kebaikan dan kejayaan telah dicapai atau sebanyak mana juga kejahatan dan kepincangan yang telah dilakukan. Tidaklah sekadar berhimpun dan berarak atau hanya disebabkan sepasang baju melayu yang indah dan cantik.

Jauh di sudut hati, tahun baru kali ini biarlah terisi dengan benda-benda berfaedah. Lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Semoga diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus memperbaiki segala kelemahan diri, mentaati semua tuntutan dan perintahnya serta menjauhi segala tegahan dan laranganNya.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH TAHUN 1432H.!

1 ulasan:

  1. Laaa...en.Kundul pun pegi situ ka?? klu tau, mesti jumpa...hehehe... From: ardian

    BalasPadam

Catatan Popular