nuffnang

Isnin, 12 April 2010

Apa Kerja Kundul?

1 bulan 11 hari. Tempoh masa Kundul berada di tempat kerja baru. Itu mengikut perkiraan Kundul berdasarkan kepada surat arahan penempatan bertarikh 1 Mac 2010. Tapi mengambil kira surat penangguhan Kundul selama 10 hari, lebih kurang 20 harilah Kundul berada di pejabat baru.

Kundul tidak tahu kenapa sudah hampir dua bulan 'duduk' di sini, bahagian berkenaan belum juga memberikan tugas khusus kepada Kundul. Jangankan tugas, tempat/ bahagian Kundul juga masih tidak jelas. Kundul sebenarnya bukanlah nak kerja sangat. Sebab di tempat kerja lama dulupun, Kundul bukanlah antara orang yang disebut-sebut rajin bekerja. Sekadar memenuhi tuntutan senarai tugas. Tapi itupun kadang-kadang 'terbabas'.

Mula-mula Kundul datang sini, Kundul melapor diri di Bahagian Sumber Manusia. Kemudian katanya, "awak bolehlah buat surat penangguhan dahulu, sementara kita membuat penempatan bahagian". Ok. Kundulpun buatlah surat penangguhan. Lagipun Kundul rasa memang patut juga Kundul 'berehat' buat seketika. Takut pula nanti kena kejutan budaya di tempat kerja baru.

Habis tempoh penangguhan, Kundul datang ke bahagian berkenaan seawal 8.20 pagi dengan hasrat dan azam baru untuk memulakan tugas baru. Tapi sayang azam itu bagai terpadam lantaran kehadiran Kundul bagai tiada memberi erti kepada jabatan berkenaan. Mana tidaknya,'punch kad' belum ada dan surat penempatan bahagian juga belum dibuat oleh bahagian yang dipertanggungjawabkan. Terpaksalah Kundul 'melanguk' membaca surat khabar sementara menunggu pegawai menikmati juadah pagi.

Lebih kurang jam 9, barulah Kundul dipanggil masuk ke bilik pegawai berkenaan 'sembang' pasal hal-hal kerja di pejabat lama. Tapi sehingga Kundul meminta diri keluar dari biliknya, tiada juga keputusan dibuat terhadap Kundul sehinggalah ke petang. Kemudian keesokan harinya datang dengan azam masih ada mudah-mudahan hari ini dapatlah surat penempatan bahagian. alhamdulillah, tengah hari Kundul diberi surat penempatan naik ke tingkat atas. Melaporlah Kundul di Bahagian Tingkat 4 . Memandangkan tiada 'bos' bahagian itu pada masa Kundul datang, Kundul cakap saja pada orang-orang yang ada di situ. Kundul datang melapor diri. Sekali lagi Kundul tidak tahu hendak buat apa. Kundul hanya dapat berkenalan dengan CC dan seorang abang di situ. Katanya yang lain semua bercuti. Kundul tengok, Bahagian ni memang advance. Alat mesin semua canggih. Sehingga Kundul sendiri terhegeh-hegeh nak picit/ tekan mesin/ peralatan yang ada. Tapi malang, yang peliknya Kundul tengok di tempat tu tiada tempat kosong untuk orang baru macam Kundul.

Sehinggalah keesokan harinya, Kundul dapat jumpa dengan 'bos' baru. Dia sendiri cakap tak tahu hendak meletakkan Kundul di mana. "Duduk sahajalah di mana-mana" sementara menunggu tugasan hakiki diberikan oleh pengurusan. Pening kepala Kundul. Nak tunggu apa lagi. Hebat sangatkah Kundul sehingga tiada Bahagian di sini yang layak untuk memberikan tugas/ kerja pada Kundul. Atau adanya kehendak sesetengah pihak yang ingin melihat atau meninjau terlebih dahulu 'sejauh mana' Kundul boleh pergi dalam soal kerja. Atau mereka saja mahu mengenalpasti kecenderungan Kundul dalam bidang tugas apa.

Tapi, bagi Kundul biarlah apa perhitungan mereka, apa pun kehendak mereka, itu semua membuang masa pada Kundul. Kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular