nuffnang

Selasa, 11 Januari 2011

MAJLIS JAMUAN MAKAN PKJ1


Khamis 7, Januari 2011. JM Bariani, Alamanda Putrajaya. Satu Majlis Jamuan Makan telah diadakan. Majlis tersebut adalah bagi meraikan tiga orang pegawai dari Cawangan PKJI, SAKP, JAN yang akan bertukar ke Cawangan lain . Seorang bertukar ke Audit Pendidikan, Audit Syarikat dan Audit JPM.


Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cuma sedikit masalah teknikal yang tidak disengajakan. Hadiah/ cenderakenangan Cawangan untuk ketiga-tiga pegawai bertukar telah tertinggal di dalam kereta. Kereta pula di 'parking' di pejabat. Tidak sempat untuk di ambil semula hadiah tu. Apa nak dikatakan. Ditakdirkan untuk ianya memang tertinggal dan tidak dapat diberi pada waktu majlis ini.

"Takpalah lepas ni, kita tolong poskan". kata bos yang agak tersipu-sipu juga ketika mengumumkan perkara itu. Bos-bos yang sepatutnya diberikan cendera kenangan itu pula hanya berkata, "takpa-takpa. Tak kisah.. " cool je nampaknya. Apapun gabra jugalah orang yang terlupa hadiah tu kot. Tu lah lain kali jangan duk ingat nak makan je. Pantang makan, lupa. Asal makan lupa. Asal lupa, makan. Bukan nak marah, cuma nasihat.

Walau bagaimanapun, siorang nak ucapkan terima kasih banyak-banyak juga kepada tukang beli hadiah kerana telah bertungkus mencari hadiah tu. Beli kat Sogo katanya.
Tapi terima kasihlah banyak-banyak kerana tolong cari dan bungkuskan hadiah tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular