Sebenarnya banyak perkara berlaku yang berkait soal kehidupan diri, keluarga, masyarakat, kerja dan sebagainya. Bila Kundul menjengah kembali ke blog ini baru terasa rugi. Tiada bahan untuk dibaca dalam tempoh yang 'terbuang' itu. Sekurang-kurangnya pada ketika ini adalah artikel yang menjadi sumber bacaan.
Tidak mengapa. Perkara lepas biarkan berlalu. Kundul akan cuba memulakan kembali apa yang telah terhenti. Akan cuba menulis kembali. Memuatkan sebarang 'dapatan' untuk artikel dan bacaan akan datang. Selain itu, Kundul juga akan cuba menulis kejadian-kejadian semalam setakat yang termampu untuk diingat. Setidak-tidaknya ada pengajaran untuk dibuat sempadan untuk diri sendiri khasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan