nuffnang

Rabu, 7 Julai 2010

SIBUK MENGURUS DUNIA

Kepantasan masa beredar sangat tidak disedari. Pejam celik, pejam celik kini sudah Tahun 2010. Seimbas lalu seolah macam tiada apa yang telah berlaku semalam. Berlalu dan beredar begitu sahaja. Saban hari, seawal jam 6 pagi sudah bangun. Ligat menguruskan persiapan diri. Sibuk menguruskan hal anal-anak untuk ke sekolah. Sebaik sampai dari sekolah menghantar anak-anak, tidak sempatpun duduk di sofa menghirup secawan kopi terus pula mempersiap diri untuk ke pejabat.


Sampai sahaja di pejabat, tugasan sudah menanti. Mundar-mandir dalam pejabat. Turun naik dalam bangunan pejabat. Keluar masuk bilik boss. Begitulah keadaannya dari pagi hingga ke petang. Itu keadaannya yang bekerja dengan sektor Kerajaan dan swasta. Masing-masing sibuk, tanpa menyedari masa begitu pantas berlalu.


Sekarang masa dirasakan setahun bagai sebulan. Satu bulan seperti seminggu. 7 hari seperti 1 jam dan sejam hanya sesaat.

Tapi kita semakin hanyut. Leka dan terus lalai. Dibuaian dunia mengkhayalkan walau membingitkan telinga, walau memporak-peranda tapi kita terus setia bersamanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular