nuffnang

Selasa, 6 Julai 2010

BERIKAN AKU KESEMPATAN

Ya Allah..
sejauh mana lagi perjalanan yang aku ada
berapa banyak lagi langkah kaki ini
berapa detik lagi untuk ku
tinggal berapa kali lagi aku dapat mengecapi segala nikmat kurniaan Mu
berapa baki usia yang aku ada
adakah untuk ku setahun lagi
adakah untuk ku sebulan lagi
adakah untuk ku sehari lagi
adakah untuk ku sejam lagi
adakah untuk ku sesaat lagi


Ya Allah..
aku masih belum bersedia
aku masih ingin melangkah di bumi Mu
izinkan kaki ku untuk terus melangkah
mencari redha Mu
berilah aku ruang untuk memadam
catatan-catatan hitam
berilah aku masa untuk berjumpa
mangsa-mangsa kezalimanku dahulu
berilah aku peluang untuk menebus segala kesalahan
dosa-dosa yang telah aku perbuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular