nuffnang

Selasa, 13 April 2010

KUNDUL BERKURSUS

Peserta-peserta Kursus

Kings Hotel, Melaka - Pada 6 - 9 April 2010, Kundul telah menghadiri Kursus Pengurusan Fail dan Rekod bersama dengan 41 orang kakitangan yang lain di sini. Walaupun Kundul telah berkhidmat dengan sektor Kerajaan selama hampir 9 tahun tapi inilah kali pertama Kundul menghadiri Kursus seumpamanya. Begitu jugalah dengan kursus-kursus yang lain. Bukan tidak berminat tapi Kundul tidak pernah dapat peluang. Mungkin natijah dari beban tugas yang menghendakkan kita sentiasa di berada di pejabat .


Menunggu penceramah sampai

Aktiviti santai di waktu petang. Dataran Pahlawan, Melaka.

Kursus ini walaupun tidak memberikan kefahaman sepenuhnya kepada Kundul dan mungkin juga begitu kepada peserta-peserta yang lain, tapi setidak-tidaknya Kundul banyak mengetahui mengenai kesilapan yang rata-ratanya di praktikkan dikebanyakan pejabat-pejabat Kerajaan. Kendati benda remeh temeh yang walaupun remeh tapi memberi impak besar kepada sektor awam dan Kerajaan secara keseluruhannya. Seperti kata penceramah, dengan benda remeh inilah yang telah menyumbang kepada terlepasnya Pulau Batu Putih ke tangan Singapura dan perjanjian air antara Malaysia - Singapura yang bebannya kini terpaksa ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Semuanya berpunca dengan pengurusan fail dan rekod yang tidak berkesan/ sistematik. So bagi Kundul, walaupun Kursus ini agak remeh bagi sesetengah golongan di peringkat sektor awam, tetapi sekiranya diambil enteng akan menyumbang kepada kehancuran negara secara tidak sedar. Jadi sepatutnya Kursus ini perlu diimbangi antara penyertaan dari golongan atasan dan bawahan kerana mempunyai peranan masing-masing.


Kundul cakap je..








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular