nuffnang

Isnin, 12 Julai 2010

KENANGAN RAY..

Semalam adik ada sms. Dia tanya " Ada joint FB ka? Join la.. banyak orang RAY ada sana". Dia hantar mesej. "Blum lg, sokla sa dftr" . Jawap saya ringkas. Sebenarnya sudah lama join facebook tu. Tapi saja tipu . Malas Layan mesej dia. Layan karang, makin menjadi dia nak sms lagi macam-macam. Lagipun kebetulan sibuk menangani kerenah anak-anak. Esok sekolah. Kenalah tengok sikit apa yang patut. Baju seluar, kasut stokin, beg buku-buku dan macam-macam lagi la. Nak diharap sangat uminya, diapun banyak benda lain nak diurus. Jadi kita bantu-bantulah apa yang patut. Bapak mithali kan... huk! huk!


Tapi sebenarnya bila adik sebut pasal RAY (Rumah Anak Yatim) semalam, hati memang terusik. Di kotak fikiran datang pelbagai memori yang indah-indah sewaktu duduk di kompleks itu sekitar lebih kurang 20 tahun yang lepas. Walau sudah agak lama juga, tapi segala kenangan yang pernah dilalui di sana tidak mungkin akan luput diingatan. Ketika itu juga hati tidak sabar rasanya nak buka FB. Kalaulah internet di rumah tidak bermasalah, tentu sudah login awal-awal.


R.A.Y. Walaupun hanya 5 tahun menjadi penghuninya. Tapi di situlah diajar dan belajar bermacam ilmu. Di situlah bermula pembentukan diri. Membentuk jati diri. Belajar akademik, belajar agama, belajar Al-Quran, tauhid, fiqah, sejarah dan lain-lain lagi; melatih diri menjadi manusia lebih berguna demi kehidupan mendatang.

Alhamdulillah dengan jasa RAY, dengan budi yang ditabur oleh seluruh tenaga pengajar baik dari pengetua, ustaz-ustaz dan ustazah sehinggalah makcik-makcik pengasuh yang ada di situ semuanya mencurah segala kasih sayang, menganggap kami ini semua bagai anak-anak mereka sendiri. Sehingga kini, ramai diantara kami 'anak-anak' mereka telah menjadi manusia berguna walau dulu hanyalah ibarat pokok-pokok kecil yang jika tidak dijaga dan disemai ketika itu pasti tidak mengecapai kehidupan yang lebih bererti kini.

Semoga seluruh bekas-bekas 'ayah dan ibu' kami, sama ada yang masih ada kini ataupun yang telah kembali ke rahmatullah, mudah-mudahan dianugerahi Ilahi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular