Semalam di restoran bersama kawan. Kawan yang agak berusia dari saya. Saya panggil abang. Beza usia lebih kurang 15 tahun. Kami makan tengahari. Sebaik 'menyelesaikan' hidangan dan minum dua tiga teguk air si kawan ini mengeluarkan sebatang rokok dan mula membuka bicara. "Aku bengang betul dengan abang aku. Dulu bolehlah dia buli aku kan.. tapi sekarang sorilah. Masing-masing dah tua. Tapi dia tua tak sedar diri. Dah tua nak mampus pun suka kacau aku. Aku pernah cakap dengan dia tu, engkau jalan pun dah tak betul, nak betulkan orang. Kalau aku tolak, kau boleh mati lah."
Kemudian dia menyambung lagi. "Aku memang tak baik dengan abang-abang
aku. Aku baik dengan abang aku yang atas aku ni je. Yang lain semua tak
boleh pakai. Menyusahkan aku je. Semua takut bini. Bini-bini dia tu
pernah aku maki. Depan-depan mak aku maki. Bini aku walaupun aku jahat,
tapi dia sokong aku. Aku tak bagi abang-abang aku datang rumah. Kalau
diorang nak datang, aku bagi alamat salah. hehe "
Dahsyat. Saya semacam tidak percaya apa yang dia cakap.Huhu. Sentap juga saya dengar. Tapi saya gelengkan kepala je. Kononya nak menunjuk yang saya pun setuju dengan tindakan dia. Sebenarnya itu adalah respon terkejut. Betul ke seganas itu dia ni?. Dalam hati saya. Mengikut tamsil dan pengetahuan saya sepanjang setahun mengenali dia, baik-baik sahaja. Suka tolong orang. Pantang dengar orang susah, dia mesti bantu. Suka sponsor surau. Dulu pun mengikut cakap dia ada membela anak-anak yatim. Sampailah anak-anak yatim itu membesar dan berkerjaya. Tapi sedih, katanya tiada seorangpun dari enam orang anak yatim itu ingat mereka.
nuffnang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
9 April 2011. Hari ini alhamdulillah mengikuti kelas pengajian Pengurusan Jenazah di Masjid Tuanku Mizan @ Masjid Besi Putrajaya. Sepatutnya...
-
"HAMPIR semua pemerintah atau pemimpin di dunia kini, baik orang Islam atau bukan, telah naik melalui pemilihan. Yakni hasil pemiliha...
-
Peserta-peserta Kursus Kings Hotel, Melaka - Pada 6 - 9 April 2010, Kundul telah menghadiri Kursus Pengurusan Fail dan Rekod bersama dengan ...
-
Kali pertama yang harus engkau datangi ketika bermasalah adalah Allah. Kali pertama yang harus engkau datangi untuk diminta tolong adalah ...
-
Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia. Ia juga d...
-
7 Disember 2010. Sekali lagi berpeluang menyertai sambutan Maal Hijrah 1432H. Kali ini diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya b...
-
للَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي ...
-
Baru-baru ini Kundul ada mengunjungi Karnival Usahawan Desa yang diadakan di Presint 2, Putrajaya. Ianya dianjurkan oleh Kementerian Kemajua...
-
Kali terakhir Kundul membuat post dalam blog ini adalah pada Tahun 2014. Jangka masa yang begitu lama. Tiada entri langsung yang dimuatkan d...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan