nuffnang

Khamis, 1 April 2010

orang cari Kundul

Dua tiga hari ini, Kundul agak tertekan. Bercelaru fikiran. Runsing . Macam-macam hal. Masalah diri, masalah keluarga, masalah kawan, masalah pejabat, masalah kerja , macam-macam masalah. Masalah lama belum selesai, datang pula yang baru.

Sudahlah perihal pejabat baru membuntukan fikiran Kundul, orang-orang pejabat lama pula tiba-tiba datang bertubi-tubi menelefon. "Mustahak", "segera" "perlukan khidmat kepakaran tuan", dan banyak lagi statement lain yang amat membingitkan kotak fikiran Kundul. Kundul tahu, mereka semua memerlukan bantuan. Bukan Kundul tidak mahu tolong. Tapi memandangkan keadaan Kundul sekarang amatlah tidak mengizinkan, terpaksalah Kundul membisu tanpa menghirau sesiapapun jua. Deringan telefon, deringan sms langsung Kundul tidak perduli. Kundul tahu, mereka pasti geram, marah dan amat tidak berpuas hati dengan Kundul kerana bertindak berdiam diri. Kundul punya pendirian.

Agak sukar Kundul menerima keadaan dimana sewaktu dulu, orang cakap Kundul tidak buat kerja. Kundul tidak buat apa-apa. Memang Kundul akui. Kundul banyak tidak buat kerja. Jadi biarlah kenyataan mereka itu terus menjadi kenyataan. sekarang Kundul bukan lagi 'warganegara' situ. Biarlah apapun yang mereka kata pada Kundul.

Penting sangatkah Kundul sehingga bersusah payah mereka bergilir-gilir mencari Kundul. Sampai bila Kundul boleh layan mereka. Kundul yakin apapun masalah di sana, pasti boleh diselesaikan tanpa perlu mencari Kundul. Kundulpun bukannya pandai sangat. Jadi sepatutnya, biarlah mereka mencari inisiatif untuk mengatasi masalah yang ada tanpa perlu mengatakan perlu merujuk kepada pakar. Siapa pakar?

Orang bilang, experience is the best teacher. Pengalaman akan membuat orang lebih faham akan satu-satu permasalahan. Kalau Kundul tolong sekarang, itupun kalau ilmu Kundul dapat menolong; esok kalau datang lagi hal yang sama, takkan nak cari Kundul lagi. Sekarang Kundul kerja tempat lain. Punya komitmen kerja yang baru serta corak Pengurusan berlainan. Kehendak bos di sini juga berbeza. Kepala Kundulpun bukan boleh dapat menerima banyak hal dalam satu-satu masa. Jika Kundul bertindak menjawap telefon, jenis Kundul kalau sudah mendengar luahan dan permintaan orang, bukan mudah boleh menolak. Jadi untuk mudah Kundul switch off hand-phone.

Bagi sesetengah orang mungkin tindakan sebegitu agak biadap. Biarkan mereka berfikir pro dan kontra terhadap tindakan Kundul tidak melayan mereka.

1 ulasan:

Catatan Popular