nuffnang

Sabtu, 27 Mac 2010

Syukuri Seadanya

Dalam melayari bahtera kehidupan ini, kita menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Onak dan duri. suka dan duka. Tidak kira yang sememangnya telah menjadi suratan dari-Nya ataupun terjadi atas tindakan yang berpunca dari tindak tanduk dan perilaku kita sendiri. Kadang-kadang ianya datang secara tidak sengaja dan tanpa kerelaan kita. Tidak kiralah kerelaan walaupun ianya adalah kebaikan buat kita apatah lagi kerelaan pada sesuatu yang memeritkan.


Mungkin sesuatu yang berlaku pada hemat kita adalah baik dan ianya berlaku diluar jangkaan dan jangkauan batas pemikiran kita, kekadang sebenarnya ia adalah cabaran dan dugaan yang mungkin akan mendukacitakan kita pada akhirnya. Begitu juga sebaliknya. Sesuatu yang nampaknya pada pandangan kita adalah amat menyakitkan tapi pada hakikat ketentuan adalah manisan yang tak terfikirpun oleh kita.
Mungkin kata-kata Kundul ni agak abstrak. Tapi sebenarnya apa yang Kundul hendak sampaikan adalah " Apapun yang berlaku dan menimpa atas diri kita, syukuri dan redhailah ia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular