nuffnang

Jumaat, 19 Mac 2010

BELON PANAS DI PUTRAJAYA



Semalam Kundul lalu di Jambatan Warisan Putrajaya ke tempat kerja seperti biasa. Kundul terkejut bila menoleh ke sebelah kanan ada 'seluar jeans' berwarna biru yang amat besar sedang tegak tanpa pemakai. Bukan 'seluar jeans' je, kepala berwarna kuning berkaca mata hitampun ada. Banyak juga yang lain kurang lebih 25 benda. Tapi pandangan Kundul hanya terfokus pada dua benda tu je. Semuanya sedang berkumpul di pinggir tasik Putrajaya, berdekatan dengan tapak pasar tani mega Putrajaya. menarik, tertarik belon tu memang besar. Rupanya Pameran Belon Panas di Putrajaya. Tapi Kundul Pelik, kenapa belon-belon tu hanya kelihatan pada sebelah pagi sahaja. Bila dah matahari naik, dia dah tak naik pulak.


Kepada kawan-kawan yang nak tengok belon panas, bolehlah datang ramai-ramai ke Presint 2, di tapak Pasar Tani Mega, berhampiran tasik Putrajaya. Di samping tengok belon, Kundul nampak ada juga gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai barangan...




Jom Tengok Belon Panas..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular