nuffnang

Jumaat, 19 Mac 2010

1 MALAYSIA


Kundul ingin menyentuh satu isu yang ada di akhbar hari ini 19 Mac 2010. Tapi ‘sentuhan’ Kundul ni tiadalah mengarah ke sensitiviti mana-mana pihak. Setakat Kundul ulas mengikut kanta mata Kundul sahaja. Tapi terpulang pada ‘peminat’ Kundul untuk Kritik ulasan Kundul. Tapi orang kata biarlah untuk kebaikan. Jangan sampai pula kita di kritik dan orang lain pula kritik kita dengan nada yang tak elok macam apa yang kita kritik kat orang tu mula-mula. Macam Kundul, Kundul tak kritik orang yang kritik isu dalam akhbar tu. Kundul hanya komen bahan tu. Baiklah, tentang tu cukup.
Isunya mengenai konsep 1Malaysia. Kundul terbaca dalam akhbar tu, rupanya sudah ada orang terlebih dulu menggunakan konsep ‘satu, satu’ ni’. Contohnya 1Negara, 1Malima dan lain-lain lagi. Agak malang kerana pelopor pada konsep 1Malaysia ini dilabel sebagai peniru pada konsep yang sudah terlebih dulu mengaplikasikan konsep tu. Katanya buat apa mengguna kaedah orang. Kena pula kaedah yang diguna pakai oleh orang paling di benci oleh seantero dunia. Marahlah kita.
Bagi Kundul 1Malaysia kita, bukanlah benda tiruan atau benda yang diadaptasi dari bahan orang lain. Ianya impian dan gagasan dari seorang pemimpin yang ada nilai keperwiraan dalam dirinya. Semangat patriotisma. Bagi Kundul ianya diperkenalkan pun kena pada tempatnya. Sesuai pada saat dan ketika dimana berlaku suasana dan keadaan dimana wujudnya sentimen ‘aku, aku. Engkau-engkau.’ Bahayanya sentimen tersebut, bukan berlaku pada individu-individu tertentu tetapi lebih besar daripada itu. Malah tidak mustahil akan merebak dan terus merebak sehingga satu masa akan tidak terbendung lagi. Maka akhirnya akan berulanglah sejarah pahit negara. Itu baru dari satu sudut. Lain-lainnya, tak tahu macam mana Kundul mau sebut/ tulis...

Pada Kundul apa yang baik itu, ikutlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular