nuffnang

Jumaat, 19 Mac 2010

Perangai Buruk Keluarga Kereta Kecil Putih

Ada satu artikel dalam ruangan rencana salah satu akhbar harian Malaysia semalam. Tajuknya Perangai buruk keluarga kereta kecil putih. Agak menarik rencana tersebut. Ianya ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang melihat kejadian tersebut di depan mata.

Agak menyedihkan juga bila penulis meluahkan rasa geramnya kepada satu keluarga kereta kecil putih. Bukan apa, keluarga Kundulpun pernah bawa Kereta Kecil putih. Tapi itu bukan masalahnya. Kundul sedih dan sakit hati pada perangai pembawa kereta kecil putih. Mengapalah sebegitu rupa keadaanya. Slumber sesuka hati membuang sampah melalui tingkap kereta kecil putih tanpa ada perasaan bersalah langsung. Kundulpun sebenarnya pernah juga melihat keadaan yang sama suatu ketika dulu. Tapi yelah, tidak mampu berbuat apa-apa selain menasihat anak-anak yang kebetulan bersama Kundul pada ketika itu.

Kundul hairan, mengapa pada kebiasaannya, mengikut pengamatan Kundul, ‘orang-orang bawah’ macam Kundul ni sering menimbulkan perangai pelik. Sepatutnya kenalah sedar. Kita ni hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, janganlah nak tunjuk handsome. Kena sedar siapa kita. Kita hanya orang kecil, buatlah lagak tertib sebagai ‘orang bawah’. Ini tidak. Macam di pejabat Kundul tempat bekerja, ada seorang hamba Allah ni, jawatan hanya sebagai pembantu pejabat. Tetapi lagak gayanya macam bos paling besar. Semahu-mahunya dia nak orang semua tahu yang dia maha tahu akan segala-galanya hal pejabat. Tidak cukup hal-hal kerja pejabat dia nak panjat bagi tahu semua orang yang dia ni orang paling lama dalam sektor perkhidmatan awam. Seboleh-boleh orang yang ‘betul-betul besar/ tinggi’ di pejabatpun dia nak lawan. Tapi yang kelakarnya dia tak lawan depan-depan. Dia cakap belakang-belakang. Teror ke macam tu?

Selain itu, kalau ada majlis-majlis rasmi biasanya ‘orang-orang bawah’ inilah yang selalu buat perangai. Contohnya Majlis Perhimpunan jabatan. Golongan inilah yang paling ramai menghilangkan diri. Menghilang atau tak datang langsung. Orang lain sibuk pergi berhimpun, dia orang sibuk membuat pakatan buat perhimpunan di tempat lain. Loby pejabat, kedai mamak, warung tepi-tepi jalan dan sebagainya.

Entahlah Kundulpun orang bawah. Kadang-kadang Kundulpun ada juga terbuat ‘benda-benda pelik’. Tapi bagi Kundul sendiri mau ingatlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular