nuffnang

Khamis, 18 Mac 2010

KERJA TEMPAT BARU


Sejak pembikinan kundul pada 16 Mac 2010, Kundul belum sempat memuatkan apa-apa cerita. Lagipun Kundul baru lapor diri di tempat kerja baru pada 1 Mac 2010 yang lalu. Jadi agak terhad juga peluang menulis bahan. Semalampun agak sibuk juga buat kerja-kerja wajib di tempat kerja baru. Sibuk tak sibuk sampai rosaklah mesin binding. Stuck dek kerana mesin tu terlalu 'kerja keras'.

Sebelum membuat penjilidan (binding), Kundul buat cetakan colour. Banyak jugakla. Dulu di tempat lama, printing colour agak terhad juga penggunaannya. Tapi bila Kundul di pejabat baru ni, rasanya lagi 'advance' sikit berbanding office lama. Dulu diorang kata, kerja di tempat ini macam buat kerja di pejabat kampung. Serba-serbi tak ada. Kalau adapun 'barang-barang' lama.
Tapi realitinya, bila Kundul berada di sini (tempat kerja baru) wah! lagi hebat kecanggihannya berbanding pejabat lama. Banyak mesin-mesin baru yang baru Kundul temui di sini. Ternyata apa yang diorang cakap di pejabat lama, tentang pejabat Kundul yang baru ni, indah rupa dari khabar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular