nuffnang

Khamis, 18 Mac 2010

TERIMA KASIH BOSS

Kundul agak terlambat untuk membuat catatan ini. Sebenarnya, Kundul belum sempat berjumpa dengan kawan-kawan lama Kundul di tempat kerja lama. Bukan Kundul sombong. Tapi entah dimana yang tak betulnya sampai sudah tiga minggu di tempat baru, belum juga dapat berpeluang jumpa kawan-kawan lama.

Kundulpun tidak sempat jumpa face to face dengan 'Bos-bos' Kundul. Yelah.. setidak-tidaknya salam ucap terima kasih di atas jasa tunjuk ajar yang dicurah selama bergelar 'anak buah'.
Tapi apapun, Kundul ingin menukilkan setinggi-tinggi penghargaan kepada individu-individu yang rasa Kundul terlalu banyak berjasa pada Kundul. Ada seorang hamba Allah ini, baik sangat orang nya. Dia lah bos Kundul, Bapa Kundul, dan kawan Kundul. Tapi mungkin ada orang lain yang melihat baiknya hubungan Kundul dengan hamba Allah ini sudah melampaui gap yang sepatutnya. Maksud Kundul Gap antara bos dan anak buah. 'Orang Besar' di pejabat Kundul kata, sepatutnya tidak patut ada hubungan antara bos dengan anak buah. Bukan apa, dikhuatiri anak buah akan pijak kepala bos. Tapi Bos, yakni yang Kundul gelar juga sebagai kawan ini, buat tak kisah jer. Dia kata ini prinsip dia. Dia boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Dia tak kisah kalau duduk semeja minum bersama. Setidak-tidaknya boleh bodek anak buah supaya boleh bekerja sama dengan bos selepas minum. Tapi bos kundul ini memang begitu. Kundul senang dengan kaedah dan corak kerja dia. Suruh buat kerja lepas tu minum. Kalau tak minum lagi, boleh pergi minum dulu baru buat kerjapun tidak mengapa, janji kerja siap. Itu yang Kundul nampak dan rasa. Terima kasih bos..
Biasanya kalau kita minum, bos yang belanja waktu rehat. Pernah juga bos tolong bancuh teh untuk kita. Mana mau cari... Semua kebaikan yang Kundul sebut ni pun, setakat benda-benda kecik yang Kundul ingat. Sebenarnya terlalu banyak jasa bos pada Kundul dulu.. Sampai nak sebut/tulis kat sinipun Kundul naik segan. Kalau dah sampai Kundul boleh anggap bos ni sebagai bapa, fikir jela... Sampai ke tahap macam tu sekali. Biarlah hanya Allah sahaja yang membalas segala jasa, budi baik bos ini. Mudah-mudahan hidupnya diberkati di dunia dan akhirat..
Cuma Kundul amat terkilan kerana rasanya Kundul banyak buat/ terbuat dosa pada bos. Terhutang macam-macam pada bos.. Kundul agak risau kalau-kalau semua itu akan dituntut oleh bos di 'sana' nanti.. Tolong Bos... Ampun maafkan Kundul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular