nuffnang

Jumaat, 9 September 2011

TIKUS MASUK PEJABAT



Gara-gara kehadiran seekor tikus berkeliaran dalam pejabat, semua jadi kelam kabut. Bertempiaran lari dari meja masing-masing. Si tikus dengan lincahnya berhijrah dari meja ke meja menyorok. Keadaan menjadi gamat. Geli gelamaan dibuat katanya. Ramai yang bertempiaran lari. Jenuh mencari dan mengejar. Menggoncang-goncang meja, partition, mencucuk lubang-lubang dan cecelah, supaya si tikus keluar dari bersembunyi tapi tidak berhasil.




Cari punya cari, memekik ada si Kakak tu, bila tetiba ternampak seekor tikus terkujur kaku di bawah meja . Dikuis-kuis memastikan benar-benar ianya sudah mati. Sah tidak lagi bergerak. Tapi inikah tikus tadi yang lincah tu. Kenapa cepat benar dia mati. Atau itu tikus lain.

Tikus yang mati tadi dibungkus dan dibuang sambil semua masih dalam dilema mungkinkah ada tikus lain masih berkeliaran. Awas dan berwaspadalah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular