nuffnang

Isnin, 1 November 2010

Kita mungkin pernah menghadapi situasi ini. Keadaan dimana kita benar-benar menghadapi satu masalah. Ditambah pula masalah itu, kita tidak dapat lagi menyelesaikannya dengan kaedah sendiri tanpa melibatkan sesiapa. Dalam keadaan itu, otak kita menjadi buntu. Fikiran menjadi kacau. Duduk tak senang. Berdiri tak kena. Mundar mandiri ke sana ke mari. Ke sana ke mari mencari tempat tenang memikir jalan keluar untuk mengatasi masalah tersebut.

Lalu mahu tidak mahu, mungkin kita pernah berada dalam satu keadaan susah. Situasi di mana kita betul-betul tersepit dalam satu satu masalah yang agak rumit. Masalah dan penyelesaiannya terpaksa melibatkan pihak ketiga. besar kerana memikirkan tiada jalan lain untuk mengatasinya melainkan terpaksa mencari jalan keluar dengan berada dalam kesusahan dan kita tiada upaya untuk mencari jalan keluar mengatasi kesusahan tersebut, lazimnya kita akan mencari seseorang untuk mendapatkan bantuan. Seseorang yang kita rasa boleh dipercayai dan sudi menolong.

Walaupun kekadang kita terpaksa berfikir berulang kali, sama ada perlu atau tidak dan berani atau tidaknya kita untuk meluahkan padanya. Bergantung kepada besar dan berat sesuatu kesusahan yang dihadapi mungkin kita akan mengambil masa yang agak lama dan berhati-hati untuk menyatakan. Silap hari bulan, kita terpaksa pula berhadapan dengan satu lagi masalah iaitu malu kepada orang berkenaan, tidak kiralah ia kawan atau sahabat, rakan sepejabat atau bos kita, satu situasi terpaksa perlu kita hadapi. kerana selepas itu, orang-orang yang telah mendengar permasalahan kita akan membuat perspektif yang berbeza sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular