Sketsa:
Bayangkanlah satu hari kita pergi
berkelah bersama keluarga ke pusat
peranginan di tanah tinggi seperti di Genting Highland (tanpa singgah di
Kasino). Bila sampai ke puncak yang paling tinggi, kita pun menghamparkan tikar
dan mula menjamu selera bersama-sama dengan keluarga. Dalam Kelekaan kita makan
dan minum, anak kita yang berumur 2 tahun telah berlari-lari sampai ke hujung
tebing; dihadapannya ada jurang yang cukup dalam. Naúzubillah, cuba bayangkan
anak atau adik kita yang berumur 2 tahun berada dalam situasi itu. Cemas tak? Sebelah
anak kita ada seorang lelaki dewasa yang sihat dan waras. Apa yang perlu
dilakukannya adalah hulurkan tangan dia dan pegang anak kita, InsyaAllah anak
kita akan selamat. Tetapi lelaki tadi tidak endahkan anak kita dan anak kita
melangkah lagi lalu jatuh ke dalam gaung dan mati. Ketika itu adakah kita akan
ucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana tidak masuk campur dalam urusan
orang lain? Tidak, kita akan salahkan dia kerana tidak mahu menolong anak kita.
Kita akan tuduh lelaki itu sebagai seorang yang sangat kejam.
Sebenarnya kitalah orang-orang
Islam yang memegang watak lelaki yang kejam tadi. Kita ada ramai kenalan bukan
Islam seperti rakan kerja, kawan jiran dan dan sebagainya tetapi kita tidak
pernah buka mulut untuk menyampaikan mesej Islam. Kita biarkan sahaja mereka
mati dalam keadaan kafir. Di akhirat nanti mereka akan mengadu kepada Allah dan
menarik kita sama-sama masuk neraka, naúzubillah. Apakah alasan yang akan kita
berikan pada Allah ketika itu?
http://www.translate.google.com/#ms/en/
http://www.translate.google.com/#ms/en/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan