nuffnang

Ahad, 18 Julai 2010

Malaysiapun ada model handphone apa!


kali ini Kundul ingin bercerita pasal handphone (hp) tapi sekadar mengikut pengamatan sempit yang Kundul ada.

Bercakap tentang hp ni, Kundul sudah banyak menggunakan pelbagai jenis model hp. Dari Nokia, Sony Ericson, Innostream, M-Mobile, CSL, Samsung dan beberapa jenama lain lagi yang Kundulpun sudah tidak ingat semuanya. Sekarang ini Kundul menggunakan mobile china (C9000). Sekali pandang Hp C9000 ini macam blueberry. Dua kali pandang memang bukan blueberry. Tidak apalah, janji menang memakai. Puas hati. Lagipun kena dengan citrasa dan keperluan Kundul.

Bagi Kundul ciri-ciri utama yang Kundul titikberatkan adalah ianya mesti mempunyai dua tempat meletak simkad. Dalam satu-satu masa bolehlah letak simkad celcom dan maxis. Bukan apa cuma nak memudahkan kawan-kawan yang memiliki nombor telefon menggunakan rangkaian yang berbeza. Di samping Kundulpun bolehlah berjimat. Kalau nak menghubungi sesiapa juga hanya perlu memilih rangkaian apa yang digunakan oleh orang yang hendak dihubungi itu. Cuma kadang-kadang kalau silap membuat atau mengawal perbelanjaan topup, sakit sikitlah kita. Sudah lama Kundul tidak pakai hp jenama mahal-mahal. Bukan tidak mampu.. cewahh!! tapi jika nak dibandingkan dengan kelebihan fungsi hp china agak berbeza. Sebagai contoh hp china mempunyai ciri-ciri seperti dua simkad, 2 memory malah kekadang kita dapati ada yang sampai 3 simkad boleh masuk. Selain itu boleh melihat siaran TV dan mendengar radio tanpa perlu menyambung earphone dan boleh pula dirakam siarannya. Sambungan kabelnya pula menggunakan peranti USB. Setahu Kundul jenama hp lain belum/ tiada ada ciri-ciri ini.

Sebenarnya bukanlah hendak mempromosi atau nak suruh beli model hp mobile china. Belilah ikut keperluan dan keserasian kita. Kita pun ada mempunyai model hp sendiri apa! Kalau tidak silap sekarang ini ada dua yang Kundul jumpa. Model I-man dan CSL. Istimewanya model-model hp yang dikeluarkan di negara kita ini, ianya mempunyai ciri-ciri Islamik seperti paparan Mushaf Al-Quran dengan bacaannya sekali. Ianya juga ada kemudahan waktu solat dan penunjuk arah kiblat. Selain itu ianya turut memiliki ciri-ciri yang sebahagiannya terdapat dalam model hp china. Cuma dulu Kundul pernah 'terkena'.


Kundul tertarik dengan satu model hp CSL ni. Tertarik kerana ada ciri-ciri tadi tu lah. Islamik dan memenuhi citarasa serta keperluan Kundul. Dipendekkan cerita Kundulpun belilah hp tu. Bawa balik ke rumah. Godek sana godek sini. Maklumlah dapat hp baru. Segala punat dan icon yang ada di dalam hendak di picit dan di klik. Tidak sampai 3 bulan Kundul menggunakannya, screen mula menjadi kabur. Keypad pula sebahagian hurufnya tidak berfungsi. Tekan huruf lain keluar huruf lain. Kundul mula marah. Hantar balik ke kedai tempat beli sebab masih dalam tempoh waranti. Tunggulah sampai dua minggu. Maka berfungsilah balik hp Kundul. Tapi sayang ianya cuma mampu bertahan seminggu. Kemudian masalah sama datang balik. Malah screen semakin tidak nampak . Keypad pula longar sana longgar sini. Ada sekali tu jatuh pula. Bila jatuh terhempas, apa lagi berakhirlah riwayatnya.. Jadi kesimpulannya Barangan buatan Malaysia agak 'manja'. Jadi jagalah ia dengan penuh berhati-hati.

Moral cerita.. Beli barangan buatan Malaysia walaupun kualitinya mungkin akan mengecewakan kita, sekurang-kurangnya kita bangga menjadi rakyat Malaysia.
Jadi belilah barangan Buatan Malaysia. Ok..

Sampai jumpa lagi. Kundul nak pergi kedai hp beli yang buatan Malaysia punya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular