nuffnang

Rabu, 14 November 2012

ALAHAI MASYARAKAT KOTA

Pagi itu Kundul pergi ke satu program. Program Gagasan 1 Malaysia. Anjuran Persatuan Pengerusi-Pengerusi Blok. Antara pengisian program yang Kundul lihat dalam banner program itu adalah ceramah dan tayangan video patriotik, pertandingan sukaneka, gubahan hantaran, pertandingan azan, Fesyen 1Malaysia, melukis dan memasak. Entah di mana 'silapnya' Kundul ikut pertandingan memasak. Dapat no. 3 pula tu. 

Dalam sejarah hidup Kundul itulah kali pertama Kundul menyertai pertandingan memasak. Tapi bukanlah pertama kali masak. Di rumah, Kundul selalu juga bantu-bantu isteri masak. Lagipun ada masa-masanya Kundul memang suka. Ataupun bila isteri boring dengan citarasa masakan dia Kundullah yang tolong. Cuma satu saja yang Kundul tidak suka kalau tengah-tengah masak tu, isteri datang kacau. Dia cakap tak payah bubuh macam-macam. Kundul ni kalau sudah dapat peluang masak, memang kalau boleh semua rempah Kundul nak campur. Konon nak tunjuk terror. Satu lagi nak cuba-cuba. Kalau kena gaya, sedap kata isteri. Kembang kempislah hidung Kundul. Tapi kalau masakan tu seorangpun tak lalu nak makan, silap-silap isteri pula kena marah. " Siapa suruh kau tak masak"! padahal Kundul  yang beria-ia nak ke dapur.

Itu cerita di dapur. Bukan tajuk utama Kundul kali ini. Kundul hendak cerita pasal sebahagian budaya orang kota. Pasal sambutan program Gagasan 1 Malaysia tadi. Program 'cantik',  hebahan dan promosi bagai nak 'ghak'. Bila Kundul sampai di tapak program pagi itu, kesian.. sambutannya 'diluar jangkaan'. Kehadiran penduduk amat dukacita. Hanya kanak-kanak yang datang tanpa ibu bapa. Sedangkan kalau dihitung, ada lebih kurang enam blok yang ada di situ. Setiap blok ada 15 tingkat, setiap tingkat ada 8 pintu rumah dan setiap pintu rumah pula ada sebuah keluarga. Jadi kita bolehlah mengandaikan jika setiap keluarga itu hadir, tentulah sambutan program pada pagi itu meriah. Tapi sayang, yang datang memeriahkan program tidakpun sampai 100 orang. Wal hal hebahan melalui poster di setiap simpang masuk ke blok dan di papan-papan kenyataan setiap blok telah dibuat 3 minggu lebih awal sebelum berlangsungnya program.

Begitulah realitinya pun. Tidak kira program apa; gotong royong perdana, kenduri perdana, proton perdana, sambutan tetap tidak perdana. Begitu juga sambutan hari raya pun tetap sama. Tetap tidak memikat hati penduduk. Ramai keluarga yang lebih suka santai di dalam rumah dan tidak kurang juga yang 'çuri-curi keluar rumah' ketika program berlansung kerana katanya ada hal penting di luar. Macam-macam alasan semata-mata tidak mahu melibatkan diri dalam program kemasyarakatan. Itu belum lagi program gotong royong perdana. Haram!. 

Itulah agaknya sebahagian budaya hidup di kota. Bila dikatakan budaya, ia sememangnya payah untuk diubah. Bagaimana hendak mengubah, kalau program ceramahpun tidak mahu datang. Ada pula yang bila orang lain menegur sikit, marah. Pantang di tegur. Di katanya kita suka jaga tepi kain. Tidak dicakap salah, di tegur marah. Bila terserempak di dalam lif, mulalah tersipu-sipu. Merah padam muka. Diam seribu bahasa. Gerak serba salah. Berpura-pura sibuk membuat sms, kerut seribu di dahi menandakan begitu sibuknya diri dan kalau ada orang menegurpun pasti dia akan buat-buat tak dengar. Alahai masyarakat kota.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular