nuffnang

Jumaat, 9 November 2012

Cerita kehidupan

Di satu pagi jumaat. Sepasang suami isteri hadir ke bilik bos. Membawa satu harapan bersama. Ingin membuat rayuan agar si suami tidak ditukar bertugas ke tempat lain. Khabarnya, si suami terpaksa ditukarkan jauh ke pedalaman berikutan masalah disiplin yang dihadapi. Tahun lepas prestasi kerja si suami dikatakan lemah dengan beberapa kesalahan yang berlarutan.  

Si suami melangkah masuk ke dalam bilik bosnya dengan tertib. Sementara si isteri yang juga bekerja di pejabat yang sama, cuma bahagian lain duduk menunggu di ruang yang disediakan berhadapan dengan meja Setiausaha Pejabat (PA). 

Kelihatan raut wajah si isteri agak murung. Pasti dalam hatinya ketika itu memanjat doa, mudah-mudahan suaminya berjaya dalam rayuan. Dapatlah mereka terus kekal bertugas di pejabat yang sama. Jika tidak maka kucar-kacirlah urusan seharian mereka. Pasti susah nantinya si isteri berulang alik ke tempat kerja memandangkan mereka hanya mempunyai sebuah kenderaan. Sementara terpaksa memikirkan soal persekolahan anak-anak dan hal-hal kehidupan sehari-hari. Sakit demam anak-anak tentu sukar di urus dengan segera bila si ayah berada nun jauh di pedalaman nanti. 

Malang. Tidakpun sempat si suami menghabiskan ayat-ayat rayuannya, terdengar suara keras bosnya menemplak. Bos tiada pilihan melainkan terpaksa mengambil tindakan memindahkan si suami ke pedalamn. Ini berpunca dari masalah prestasi kerja yang teruk tahun lalu kata bosnya. Terpaksa diterima oleh si suami walaupun sebenarnya dia telah telah berubah. Nasi sudah menjadi bubur. Rayuannya tidak dapat lagi mengubah keputusan bosnya.

Si suami melangkah keluar dari bilik bos dengan linangan air mata. Sementara si isteri yang dari tadi menahan kesedihan segera mendapatkan suaminya. Dipeluk suaminya erat dengan sebak yang dia saja yang tahu. Si PA yang menyaksikan situasi itu, turut menitiskan air mata. 

*******
Cubalah letakkan diri kita dalam situasi diri si isteri itu. Bagaimana perasaan kita bila mana mendengar suami/ isteri sendiri kena marah oleh bos di 'hadapan' kita? Bagaimana jika cerita itu menjadi cerita kita?

Itulah sebahagian cerita kehidupan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular