nuffnang

Rabu, 7 November 2012

Kisah Dalam Kelas

Sambil teresak-esak, anak kundul (Aminah, bukan nama sebenarn ) menelefon minta supaya segera diambil di sekolah. Nak balik rumah katanya. Bila di tanya kenapa, dia hanya cakap, datang cepat.

Huh!. Sepantas kilat. Tanpa berlengah Kundul terus bergegas. Tanpa sempat memberitahu sesiapa rakan pejabat. Jantung berdegung kencang. Terus memecut kereta. Dalam perjalanan ke sekolah, bermain difikiran; apa hal pulak anak Kundul ni. Dalam hati bermain bermacam tanda-tanya.


Sampai di sekolah terus ke kelas Aminah. Kelihatan dia masih menangis, sambil dikerumuni rakan-rakan sekelas yang lain. "Asiah.. (bukan nama sebenar) pukul saya. Dia tolak kepala saya sampai hidung saya  berdarah". Kundul tergamam seketika. Di satu sudut seorang murid perempuan sedang duduk memerhati. Ragamnya seolah masih belum berpuas hati. Kundul cuba bertanya murid-murid yang lain, apa sebenarnya yang berlaku. Rata-ratanya mengatakan, mereka bergaduh. Ada seorang pula memaklumkan, Asiah tidak berpuas hati sebab 'Aminah dan Junah (bukan nama sebenar) tidak berkawan dengan dia.

Gambar hiasan


Kemudian tiba-tiba Asiah menjerit. " Aku memang anak pencuri. Ayah aku ketua gengster kat KL tu. Tapi kenapa cakap aku bohsia" Sambil dia menangis dan mengesat air mata.

Kundul mula panik. Tapi memikir cara terbaik untuk atas masalah ini. " Kamu bertiga berkawan baik. Kenapa sampai jadi macam ni. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kamu akan berpisah. Masing-masing 'naik' Tingkatan 1. Sekolah lain-lain. Kalau bergaduh macam ni, tak eloklah. Sepatutnya hari-hari terakhir ini kamu semua berbaik-baik. "Asiah kenapa kamu pukul 'Aminah'" Kundul mula menyiasat. " 'Aminah' cakap saya Bohsia." Aminah mengatakan Junah yang cakap. Kemudian Asiah memekik lagi. Macam-macam keluar dari mulutnya. Pedas jugalah Kundul mendegarnya. Fuh!. Celaru Kundul. Terkedu dan terpaku seketika Kundul dibuatnya.

Lalu saya bawa Aminah dan Junah ke bilik guru. Memaklumkan ada kejadian gaduh berlaku dalam kelas. Agak pelik juga Kundul memandangkan kelas tersebut dengan bilik guru tidaklah jauh. Hanya beberapa langkah sahaja. Apa yang Kundul dapat perhatikan dalam bilik guru tersebut, kelihatannya agak 'sibuk berkumpul'. Semacam ada jual beli. Mungkin sebab itulah tidak kedengaran riuh kelas di sebelah.

Bila Kundul bersuara ada murid bergaduh, barulah dua tiga orang  bingkas bangun. Terus ke kelas tadi. Mujurlah dua orang cikgu yang datang, bijak meredakan keadaan. Guru Disiplin agaknya dia. Hanya beberapa minit cikgu tersebut berleter, ketiga-tiga murid itu nampaknya berubah menjadi sedar. Lalu ketiga-tiganya bersalaman dan berpeluk damai.

Pengajarannya: sama-sama renungkan dan masing-masinglah ambil iktibar apa-apa yang patut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular