Semalam dalam pukul 11.00 malam telah berpeluang menyertai Penguatkuasa JAWI Putrajaya membuat Operasi Cegah Maksiat sekitar Putrajaya. Seramai 20 Peserta IMQ Zon 7 Putrajaya telah menyertai operasi ini. Ianya bertujuan untuk membuat tinjauan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah terhadap pelaku maksiat seperti berkhalwat atau berkelakuan tidak senonoh di tempat awam seperti berpelukan, bercium dan sebagainya.
Beberapa kumpulan peserta IMQ Zon 7 telah dipecahkan mengikut kawasan-kawasan seperti Taman-taman rekreasi, jambatan-jambatan dan pesisiran tasik dan jalan raya sekitar Putrajaya untuk membuat rondaan.
Tidak sampai setengan jam membuat tinjauan, pihak kami telah berjaya 'menangkap' beberapa pasangan yang sedang asyik memadu asmara di atas Jambatan Sri Wawasan. Pasangan ini langsung tidak menyedari kehadiran kami kerana sedang leka dibuai dodoian nafsu.
Apabila diajukan salam barulah tersedar dan terkejut. Ada juga pasangan yang menjadi pucat dan terkujat tidak dapat berkata apa-apa. Bila ditanya adakah pasangan suami isteri yang sah kerana didapati berpelukan sesama sendiri, dengan tersengih-sengih si 'jantan' mengatakan hanya berkawan dan akan berkahwin.
Rata-rata pesalahan yang diberikan notis untuk hadir ke pejabat JAWI untuk memberi keterangan terdiri dari kalangan orang ramai yang bukannya dari kawasan Putrajaya. Adanya yang datang dari Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur semata-mata datang ke Putrajaya di waktu malam untuk menikmati 'keindahan malam' bersama pasangan masing-masing. Didapati kebanyakan pelaku ini adalah dari kalangan belia yang berumur diantara 30 dan 40an.
nuffnang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
6.10.2012. Hari Keluarga pejabat Kundul . Syabas dan Tahniah kepada semua rakan-rakan yang telah berjaya menjayakan Program Hari Keluarg...
-
Kali pertama yang harus engkau datangi ketika bermasalah adalah Allah. Kali pertama yang harus engkau datangi untuk diminta tolong adalah ...
-
Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yan...
-
Pada suatu masa dahulu terjadi satu debat antara kaum muslimin dan orang kafir. Memandangkan di tempat itu, adanya dua kelompok/ golongan ...
-
IMQ Zon Putrajaya 2011: 22/23-4-2011. 8.00 pagi - 5.00 petang : Kelas Pengajian IMQ 9.30mlm - 1.00pagi : Taklimat dan Persediaan Qiamullail ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan