Hari ini Kelas Pengajian IMQ seperti biasa bermula jam 8.30 pagi. Bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni (DSDF), Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Agak kelewatan mendaftar memandangkan lewat bertolak daripada rumah bersama seorang kawan .
Selepas bersarapan nasi lemak dan minum tea, seperti biasa berpecalah kami mengikut kumpulan masing-masing. Saya bersama tujuh orang yang lain berada dalam Kumpulan 8 dan sepatutnya Ustaz Tirmizi Ali menjadi mursid kepada Kumpulan ini. Walau bagaimanapun beliau tidak dapat datang pada minggu ini dan digantikan ianya oleh ustaz yang lain. Tidak sempat bersuai kenal dengan ustaz ini kerana kesuntukan masa.
Pembelajaran diteruskan dengan belajar Hukum Nun mati dan Tanwin. Ianya dilakukan secara ulangkaji sahaja dan tidak dibuat secara terperinci yang mana setiap peserta IMQ membaca Al-Quran dan ustaz hanya membuat pembetulan dan teguran sahaja disamping penerangan tetang hukum-hukum tajwid yang dijumpai.
Selesai belajar hukum tajwid dalam tempoh sejam, sesi bertaranum pula. Seorang demi seorang memperdengarkan bacaan Al-Fatihah dalam taranum soba setelah ustaz membuat demo beberapa kali. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan tarannum soba ini adalah lebih kepada gaya ton bacaan beralun/ berombak. Ianya tidaklah susah sangat. Tapi menurut ustaz, ianya memerlukan latihan berterusan. -Ton suara ustaz ini sama seperti qari Khalil khusairi.
Sebaik sahaja selesai bertaranum, kami turun semula ke DSDF untuk menghadiri sesi yang lain iaitu Pelajaran Akidah/Tauhid yang dikendalikan oleh Ustaz Eizul A'ala daripada JAWI. Walaupun telah mendapat teguran pada minggu lepas oleh ustaz ini kerana kelewatan peserta memasuki sesi kelasnya, namun masih kedapatan pelajar yang lewat masuk pada kelasnya hari ini. Berikutan itu masa pengajaran ustaz ini pula terpaksa disingkatkan dari sejam menjadi setengah jam sahaja. Sebenarnya bukanlah disengajakan oleh pelajar-pelajar ini, tapi masa yang ada telah 'dimakan' sedikit oleh ustaz taranum yang lain. Tapi tidak mengapalah. Ianya bukanlah masalah dan isu utama.
Dalam sesi pengajaran Akidah ini Ustaz Eizzul hanya sempat menayangkan beberapa slaid sahaja berkaitan soal kepercayaan kepada Allah Tuhan.
Selepas makan tenghari dan solat zohor berjemaah di Dewan Solat Utama MTMZA, sesi pembelajaran petang pula bermula
nuffnang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Samsung-Malaysia-Bhd
-
Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yan...
-
Tafakur Seorang Hamba Allah by Mohd Fadli Yusof on Sunday, April 3, 2011 at 11:24pm · Seorang hamba Allah bertafakkur me...
-
Kita mungkin pernah menghadapi situasi ini. Keadaan dimana kita benar-benar menghadapi satu masalah. Ditambah pula masalah itu, kita tidak d...
-
Tahniah! kurang ingat dari siapa idea untuk mengadakan 'hari' berkenaan. English Speaking Day di pejabat itu yang berkuat kuasa hari...
-
28 April 2011, Jam 10.00 pagi. Satu Ceramah/ Taklimat mengenai MS ISO 9001:2008 telah diadakan oleh Jabatan Audit Negara (JAN). Seramai leb...
-
Pada suatu masa dahulu terjadi satu debat antara kaum muslimin dan orang kafir. Memandangkan di tempat itu, adanya dua kelompok/ golongan ...
-
Alhamdulillah. Allah bagi peluang dan kesempatan semalam mendengar kuliah Maghrib. Di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Gunawan. Merangkap Seti...
-
"HAMPIR semua pemerintah atau pemimpin di dunia kini, baik orang Islam atau bukan, telah naik melalui pemilihan. Yakni hasil pemiliha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan