nuffnang

Isnin, 9 Mei 2011

DEBAT KAUM MUSLIMIN DENGAN ORANG KAFIR

Pada suatu masa dahulu terjadi satu debat antara kaum muslimin dan orang kafir. Memandangkan di tempat itu, adanya dua kelompok/ golongan yang masing-masing ingin mempertahankan kebenaran agama masing-masing maka bersepakatlah kedua-dua golongan ini untuk membuat satu perdebatan. Debat agama. Dibuatlah perjanjian supaya debat itu diadakan pada suatu tarikh yang ditentukan di satu lembah yang boleh dihadiri oleh sekalian pengikut kedua-dua golongan.

Maka pihak kaum musliminpun bermusyawarahlah. Si ketua memanggil semua para bijak pandai/ alim ulama yang ada di kawasan itu supaya menjadi panel pada sidang debat itu nanti. Begitu juga dengan kalangan orang-orang kafir yang ada di situ.

Tiba hari debat yang dijanjikan, berkumpullah dua golongan ini di suatu lembah. Lembah sebelah kanan kaum muslimin dan sebelah kiri golongan orang-orang kafir. Masing-masing membuat susun para bijak pandai berada di kedudukan paling bawah dan paling hampir dengan ketua.

Setelah dibuat undian dan dipersetujui maka tampillah si ketua dari golongan orang kafir untuk membuat hujahan dengan mengemukakan lima soalan. " Saya menyoal kalian dengan lima soalan. Soalan saya ini akan menggunakan isyarat dan pihak kalian perlu menjawap soalan isyarat kami ini dengan menggunakan isyarat juga."

"Soalan pertama". Dia menuding jari telunjuk ke atas. Kemudian meminta para ilmuan Islam yang ada disitu agar segera menjawab. Dari kedudukan paling bawah sampailah ke atas, tiada seorangpun dari kalangan kaum muslimin yang ada boleh menjawab. Orang Islam mula bimbang kerana tiada seorangpun alim ulama yang ada dapat memberi jawapan. Jawapan isyarat. Semua tunduk membisu seribu bahasa. Hinggalah sampai pada seorang budak gembala kambing yang berdiri di kedudukan paling akhir, yang kebetulan baru sampai membawa seekor kambing. Kemudian dia naik di atas sebuah batu yang agak tinggi dan mengangkat jari telunjuk sambil menuding jari telunjuknya ke bawah.

* Sebelum kita melihat sama ada isyarat budak yang menudingkan jari telunjuknya kebawah sebagai menjawap soalan isyarat dari orang kafir itu adalah betul atau tidak, sebenarnya sebelum sesi soal jawab itu dimulakan, telah dibuat satu perjanjian di antara kaum muslimin dan orang kafir. Dimana pihak yang kalah akan menganuti agama pihak yang menang dalam perdebatan ini. Ianya adalah soal maruah agama. Disebabkan itulah, kedua-dua pihak telah sedaya upaya untuk mencari helah demi mengangkat martabat dan menjaga maruah agama masing-masing. Namun, walau apapun keadaannya, Allah itu Maha mengetahui dan Maha berkuasa atas segala sesuatu.

Setelah orang kafir yang menuding jari telunjukknya ke atas itu melihat isyarat yang diberikan oleh budak tersebut maka dia mengangguk-anggukkan kepalanya sebagai mengiakan jawapan budak itu yang telah menuding jari telunjuknya ke bawah pula. Si kafir menuding jari telunjuk ke atas. Sementara si budak Muslim menuding jari telunjuk juga tapi ke bawah tanpa bersuara.

Seluruh kaum muslimin yang berada di situ merasa lega kerana soalan isyarat yang dikemukakan oleh si penanya dari kalangan orang kafir itu telah dijawap dengan betul menggunakan isyarat oleh budak gembala kambing yang kebetulan baru sampai di lokasi itu.

" Baiklah" kata si orang kafir. " Soalan pertama telah dijawap. Saya akan mengemukakan soalan yang kedua. Soalan ini juga akan menggunakan isyarat dan ianya juga perlu dijawap menggunakan isyarat" Sambil dia menunjukkan dua jarinya ke atas. Jari telunjuk dan jari manisnya tanpa apa-apa suara.

Sekali lagi kalangan kaum muslimin terpaku dan tertanya sesama sendiri akan isyarat yang dikemukakan. Bagaimana mungkin mereka boleh mengagak apatah lagi meneka apa muslihat dan jawapan di sebalik soalan isyarat itu. Tambah pula ianya mesti dijawap menggunakan isyarat juga. Huh berpeluh juga mereka. Maka diberilah peluang beberapa minit untuk pihak muslimin dan muslimat yang ada disitu untuk mendapatkan jawapan. Dari kedudukan paling bawah dikalangan para bijak pandai dan ilmuan Islam yang ada pada ketika, tiada seorangpun tampil memberi isyarat sebagai menjawap soalan yang dikemukakan. Sehinggalah tiba kepada giliran si budak gembala kambing.

Sekali lagi dengan yakin dia mengangkat tangan sambil melambai-lambai tanda tidak setuju kepada si orang kafir yang menanyakan soalan isyarat itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular