nuffnang

Selasa, 20 Julai 2010

YBhg. Al-Fadhil Ustaz Gunawan - lucu

Alhamdulillah. Allah bagi peluang dan kesempatan semalam mendengar kuliah Maghrib. Di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Gunawan. Merangkap Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri. Suka cara ustaz ini menyampaikan ceramah. Loghat Kelantan dan lawaknya yang bersahaja tetapi penuh berisi menambat hati setiap orang yang mendengarnya. Orang yang tidak berapa arif menguntum senyum pun boleh tersengih nampak gigi kalau dengar ustaz ini berceramah. Janji dia faham loghat Kelantan. Kalau tidak silap, baru 4 kali berpeluang mendengar ceramah Ustaz ini. Dia pun banyak jemputan ke masjid dan surau lain. Khutbah Jumaat selalu dengar dia baca tapi tiadalah dia buat lawak. Menariknya setiap ceramah yang disampaikan ustaz ini, selain lawak lucunya yang sempoi bersahaja, setiap situasi dan keadaan atau benda topik ceramahnya, ia pasti diperkuat dan diperyakinkan dengan bacaan dan huraian/ tafsir nas, dalil al-Quran dan al-hadis, ijmak dan logik akal manusia.


Semalam beliau menyentuh beberapa perkara. Antaranya mengenai Perlawanan Bola sepak Piala Dunia yang baru berakhir. Di mana telah sedikit sebanyak memporak perandakan kebanyakan orang, terutama orang-orang Islam. Kita yang menjadi penonton di televisyen masing-masing mengambil peranan menjadi pengkritik. Komen pemain itu ini. Pemain tu bagus, pemain tu tak bagus, yang kita ni tak pandai main pun. Turun padang jauh sekali. Jangankan tendang bola, pegang bola pun tidak. Nak pegang macam mana dia kata, pegang nanti kena penalti pulak. Pastu laki bini bergaduh berebut televisyen. Laki nak tengok bola, bini menjadi mangsa. Biasanya memang binilah jadi 'mangsa'. Tak dapat malam tu, bini dalam bilik dah cakap sorang-corang. Takda bola aku jadi mangsa, dia tengok bola, aku juga jadi mangsa. Bila 'nak' tapi tak dapat. Dengar pulak si suami tu. Hmmmh! dia kata "padan muka, time aku 'nak' ko sibuk tengok cerita drama tv!".


Lebih lanjut mengenai YBhg. Al-Fadhil Ustaz, boleh layari laman sesawang beliau di: http://gunawanaziz.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular