nuffnang

Selasa, 20 Julai 2010

Malam Nisfu Sya'aban 1431H

Assalamualaikum w.b.t... Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..!

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat.

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x.

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

Selepas Yasin pertama:
Mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
Selepas Yasin kedua:
Mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

Selepas Yasin ketiga:
mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman pohonlah segala yang baik dan munafaat. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya) Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu
Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:
  1. Malam Dimustajabkan Doa
  2. Malam Pembahagian Takdir
  3. Malam Rahmat
  4. Malam Berkat
  5. Malam Pengampunan (Taubat)
  6. Malam Penebusan
  7. Malam Syafaat
  8. Malam Penulisan
  9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
  10. Malam Rezeki
  11. Malam Hari Raya Para Malaikat
  12. Malam Penghidupan.
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api
neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu
sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah
orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang
meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima
taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang
yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya
minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan
terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular