nuffnang

Isnin, 22 Mac 2010

PDRM DI SELARAS LAGI..

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah di atas limpah kurnia-Nya yang tidak putus ke atas hamba-hambaNya. Kalau kita nak berkira-kira untuk menghitung nikmat yang diberikan kepada kita memang tak terhitung. Dari yang tak terjangkau oleh dek pemikiran kita besarnya, hinggalah yang sekecil-kecil yang termampu kita ketahui. Memang infiniti banyaknya... Subhanallah...

Pun begitu.. masih banyak yang mengeluh. Gundah di atas musibah atau kekurangan yang menimpa. Mengapa aku? Mengapa dia lebih? Kenapalah nasib malang menimpa diriku? dan macam-macam lagi yang kadang-kadang ianya juga terjatuh atas diri kita selaku insan biasa. Tapi seeloknya jangan begitu. Walaupun Kundul begitu juga. Kundul sekadar cakap je.

Ok.. Nak dipendekkan cerita Kundul nak buat satu cerita. Kundul agak 'terlepas untung'. Kalaulah Kundul ni minat pada kerja yang lebih kepada penjawatnya memakai pakaian beruniform macam askar ke, bomba ke, tentera laut ke, darat ke kan elok. Elok yang macam mana? Yelah.. Kundul rasa gaji 'diorang-diorang' ni especially orang yang setaraf kelulusan dengan Kundul agak lebih baik. Tapi askar tu.. kenalah orang yang betul-betul hebat. Hebat dari segi mental dan fizikal. Kalau orang yang alang-alang macam Kundul ni.. baik tak payah.

Tak perlu askar la. Polis pun dah cukup. Bertuah orang-orang yang kerja Polis. Seingat Kundul, diorang ni dah empat ke tiga kali gaji diselaras. Selaras ke naik tak kisahlah. Janji bila diselaras tu mesti ada penambahbaikan dari skim/gaji yang lama. Ok la tu. Semua tu pun kerana bidang kerja diorang yang agak mencabar. Jadi tak perlulah kot orang-orang lain nak cemburu. Nak cemburu untuk apa. Siapa suruh tak minta kerja Polis. Sedap pula Kundul cakap macam ni. Pada hal dalam hati siapa yang tahu. Sabar la.. Rezeki masing-masing.

Tapi semalam sewaktu minum dengan kawan-kawan kat kedai mamak ada yang bengang juga. Kundul tambah sikit-sikit je. Pro dan kontra. Walau apapun, kerja jela. Bak kata slogan kat Bangunan Istana Kehakiman, di Dataran Boulevard Putrajaya, Buat Kerja!.

Jadi Marilah kita kerja... Cukup untuk kali ini.

Sabtu dan Ahad Kundul tak sempat tulis apa-apa. Sibuk bersama keluarga. Kan Kundul ni Ketua Keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular