nuffnang

Khamis, 22 November 2012

ANAK KUNDUL JADI IMAM

Semalam kebetulan Kundul lewat solat maghrib. Tidak sempat solat di rumah bersama anak-anak kerana Agak lewat balik dari tempat kerja. Ketika Kundul sampai di rumah, anak sulung Kundul sedang mengimamkan solat maghrib. Dia baru sahaja selesai baca fatihah pada rakaat pertama. Sempatlah Kundul mencuri dengar bacaan Fatihahnya. Alhamdulillah bacaannya bolehlah 'digunapakai' dengan sebutan makhraj dan panjang pendeknya yang agak baik. Cuma pada ayat terakhir, ada sedikit pembetulan dimana dia telah berhenti  pada  kalimah

   صِرَ‌اطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ‌ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ 
(Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai )

Sedangkan ianya perlu dibaca sehingga akhir kalimah jika nafas panjang atau berhenti pada

     صِرَ‌اطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِم
 (Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,

dan menyambung semula pada kalimah

غَيْرِ‌ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 
( bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat)


Namun seeloknya afdhal di baca dengan satu nafas iaitu;

صِرَ‌اطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ‌ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧  
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. 


Begitulah menurut ilmu yang Kundul ada. Walau bagaimanapun kita amatlah digalakkan untuk merujuk kepada ustaz-ustaz/ ustazah-ustazah atau sumber-sumber yang ada untuk lebih memperbaiki bacaan fatihah. Ini adalah keperluan kerana bacaan fatihah yang betul merupakan rukun dalam solat itu sendiri. Rosak bacaan fatihah maka sia-sialah solat kita. Tapi jangan pula itu dijadikan alasan untuk kita tidak mahu solat. Kena terus berusaha untuk belajar.

Seperkara  yang menarik perhatian Kundul semasa anak Kundul mengimamkan solat tadi, dia telah membaca satu ayat selepas bacaan fatihah yang Kundul sendiri tidak hafal atau membacanya semasa solat. Sama ada solat bersendirian atau ketika jadi imam . Agak tercabar juga dibuatnya. Kundul pernah dengar ayat itu cuma tidak pernah menghafalnya. Tidak mengapa, lepas ini Kundul akan hafal ayat ini. Ayat 256 dari surat Al Baqarah.


لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِ‌ۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَىِّ‌ۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَا‌ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٢٥٦) 

اللَّـهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِ‌جُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ‌ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُ‌وا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ 
يُخْرِ‌جُونَهُم مِّنَ النُّورِ‌ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ‌ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٥٧ 

Apapun, Kundul rasa bersyukur, kerana tanpa sedar anak sulung Kundul sudah dewasa. Setidak-tidaknya bolehlah diharapkan untuk menjadi imam kepada adik-adik dan ibunya ketika ketiadaan Kundul di rumah. Kundul tengok diapun rajin mengaji. Bolehlah menjadi tauladan kepada adik-adiknya yang lain. Teruskan usaha wahai anakku.

 Al Fatihah 6 Imam Besar




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular