nuffnang

Jumaat, 20 Julai 2012


Cerapan Ilmu : Menyambut Ramadhan.

Hari ini Mesyuarat Cawangan diadakan dalam keadaan yang agak santai. Tidak seperti kebiasaan. Puan pengerusi memulakannya dengan bacaan Surah Al-Fatihan untuk disedekahkan kepada Junjungan Rasulullah, keluarga, para sahabat serta kaum muslimin-muslimat sama ada yang masih hidup ataupun telah mati. Memang agak berlainan dari kebiasaannya. ' Mood' raut wajah pengerusi juga agak berbeza. Membuatkan kami, terutama saya, terfikir seketika, pasti ada sesuatu yang puan pengerusi akan bangkitkan dalam mesyuarat kali ini. Tapi saya tidak fikir ianya perkara yang boleh mendatangkan 'stress' kepada ahli-ahli mesyuarat yang hadir.

Ternyata fikiran saya tadi benar.. Hampir 30 minit beliau mengepalai Mesyuarat, beliau banyak bercakap soal, yang saya bolehlah aggap sebagai satu sesi kesedaran. Mengoreksi tentang sikap dan perilaku manusia. Berhubung kait dengan soal amalan bekerja dan amalan seharian. Bermula dari aspek menjaga kesihatan diri sampailah kepada amalan spiritual yang dapat membantu meningkatkan tahap dan kebolehan diri. 


Kelihatan juga para ahli Mesyuarat Cawangan menampakan rasa minat dan fokus terhadap apa yang disampaikan oleh Puan Pengerusi. Tidaklah menampakan 'ke stress'san. Beliau ada menyentuh soal stress. Stress di tempat kerja. Punca dan keadaan yang menyebabkan stress. Katanyanya tekanan sebenarnya hanya berlaku disebabkan oleh diri sendiri. Kita terlalu memikirkan hal yang berat/ masalah sehingga kita lupa bahawa stress/ masalah tersebut tidak lain hanyalah hadir bila kita layan. Seperti contoh, bila rasa nak demam kita mula rasa stress. Akhirnya maka demamlah kita. Tetapi sebaliknya jika kita lawan, hampir kebiasaannya demam tidak akan jadi. Sebab ianya kita tangani dengan bijak dan dapat me'neutralisasi'kan tanda-tanda demam tersebut.

Demikian juga halnya dengan kerja. Kita agak tertekan bila diberi tugas atau kerja. Walhal tugas dan kerja yang diberikan itu sememangnya adalah bidang dan tanggungjawab kita. Cuma ada ketikanya ianya akan menjadi berat dan banyak. Itupun kekadang disebabkan oleh pengurusan kita sendiri dalam menangani tugas tersebut tidak diurus dengan baik. Ditangguh-tangguh dan dibuat sambil lewa. Jika kita benar-benar faham dan fokus terhadap apa yang kita buat, terutama dalam hal kerja, seberat manapun ia, akan dapat kita tangani secara selesa tanpa tekanan/ stress. Kita memang tidak dapat lari daripada masalah atau tekanan dalam hidup. Kekadang kita melihat seseorang itu semacam tiada masalah. Siapa tahu masalahnya lebih besar dan berat daripada kita?. - Hampir saya menyampuk. "Semua orang mempunyai masalah. Orang fikir lebih baik mati sahaja dari menghadapi tekanan/ masalah berat. Dia tidak fikir bahawa kematian esok, bila ia berada di dalam kubur, stress/ masalahnya sudah tiada penyelesaian."





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular