nuffnang

Khamis, 21 Jun 2012


SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Tahniah.

Agak terlambat juga menulis hal ini. Hari bersejarah buat adik lelaki bernama George Dimal a.k.a Maidi. Khas buat Maidi. Dalam keluarga tinggal dia seorang lagi belum kahwin. Tapi terbukti kini.. Begitulah ketentuanNya. Kadang-kadang apa yang berlaku terjadi tanpa perancangan kita. Walau apapun, syukurlah. Sememangnya saya tahu, perkahwinannya ini sesuatu yang diluar perancangan awal beliau. Seingat saya, hinggalah saat dia berada di pelamin ini, dia tidak pernah berceritapun soal kahwin. Kalau adapun hanya keluh, tidak pasti dapatkah dia berkahwin suatu hari nanti. Mungkin kerana memikir soal kewangan atau juga calon yang betul-betul jujur dan dapat menerima dia seadanya. Itu katanya. Ada juga saya bercakap kadang-kadang.. "Jodoh ni Maidi, kerja Tuhan. Kita mungkin perlu berusaha sedikit untuk mendapatkannya. Selebihnya kita serah pada Allah".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular