nuffnang

Rabu, 7 September 2011

WEDNESDAY IS ENGLISH SPEAKING DAY

Tahniah! kurang ingat dari siapa idea untuk mengadakan 'hari' berkenaan. English Speaking Day di pejabat itu yang berkuat kuasa hari ini. 7 September 2011. Syabas atas inisiatif tersebut. Walaupun sekilas pandang, agaknya hal remeh temeh sahaja. Akan ada yang cuba perlekeh. Cebik muka dan tidak kurang cakap2 sinis dan sindir. Tidak mengapa.

Tapi nampaknya, apa yang dilihat dan dilalui seharian berada di pejabat hari ini, sesuatu yang telah
menggamatkan suasana. Ingatkan ramailah yang akan jadi bisu. Tiada hal setakat membayar sepuluh sen setiap perkataan bukan english, tapi yang lebih dominannya adalah malu untuk bertutur. Tiada siapa sangka hari biasa menjadi luar biasa hari ini. Tampak lebih ramai yang menjadi kepoh. Entahlah, mungkin disebabkan mereka benar-benar mahu mencuba dan belajar atau sekadar cakap-cakap menunjukkan betapa ke 'terro'an mereka sebenarnya ber'speaking'. Namun itu bukan isunya.

Apa yang lebih penting, idea ini sesuatu yang patut dibanggakan dan perlu terus dipupuk dikalangan kakitangan awam terutamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular