nuffnang

Khamis, 29 November 2012

Sketsa Kehidupan

Semalam Kundul nampak seorang budak berumur dalam lingkungan belasan tahun sedang mengangkat baldi. Baldi sederhana besar berisi air. Bila Kundul tanya air itu hendak buat apa, dia menjawab paip di rumah 'tersekat'. Paip 'tersekat'?. Berkerut juga dahi Kundul mendengar jawapan budak itu. Tidak sempat Kundul bertanya apa sebenarnya maksud dia. Dia pula tergesa-gesa. Cepat-cepat  meninggalkan Kundul. Tapi bila Kundul berjumpa dengan ayah budak itu malam tadi, barulah Kundul tahu sebenarnya bekalan air di rumah mereka kena potong.

"Sudah jatuh di timpa tangga" Begitulah ibaratnya bila si ayah memaklumkan bekalan elektrik pula baru sahaja kena potong petang tadi. Wajah si ayah sayu menceritakan perihal musibah yang menimpa. Dia tidak mampu untuk menjelaskan bil air dan bil elektrik yang telah tertunggak. 
sekadar gambar hiasan
Kasihan Kundul mengenang nasib mereka. Dikhabarkan juga oleh si ayah bahawa dapur mereka juga kosong. Tiada lagi makanan untuk dimakan. Bingung dia memikirkan anak-anaknya. " Aku sudah tidak tahu hendak buat apa. Tiada lagi tempat untuk mengadu. Kawan-kawan semua 'lari'. Akupun tidak tahu dimana silapnya. Entah bila semua ini akan berakhir. Aku banyak hutang dengan kawan-kawan. Sebab itulah tiada lagi yang mahu berkawan dengan saya. Tiada orang lagi mahu percaya dan menolong saya. Cakap pun tidak guna..." Begitulah antara keluhan si ayah. 

Ia bagai satu babak dalam sebuah drama sedih, tapi itulah hakikatnya. 

Ya Allah.. Tuhan yang maha pemurah lagi amat mengasihani. Dikau tidak akan menguji seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya. Tiada daya upaya  melainkan atas kekuasaanMu jua. Bantulah keluarga ini Ya Allah. Andai ujian yang Kau beri kepada mereka itu adalah kerana atas kesilapan mereka, maka lorongkanlah hati mereka untuk mengambil pengajaran dan iktibarnya. Cukupkanlah rezeki kepada mereka. Kau tambahkanlah keimanan mereka dengan ujian yang Kau berikan itu.

Aamin ya rabbal álamin.


Walau apapun Kundul tetap respect dengan pendirian dan 'penipuan' budak itu. Kini Kundul faham. Budak itu sebenarnya mahu merahsiakan aib keluarga. Dia tidak mahu menceritakan kepada sesiapapun kesusahan yang sedang dialami oleh keluarganya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular