"Pasangan muda yang baru menikah tinggal di sebuah komplek perumahan.
Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat
jirannya sedang menjemur pakaian.."
"Cuciannya kurang bersih ya",
kata si isteri."Sepertinya dia tidak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin
dia perlu sabun yang lebih bagus."Suaminya menoleh, tetapi hanya diam
dan tidak memberi komen apapun.Sejak hari itu setiap kali jirannya
menjemur pakaian, selalu saja si isteri
memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci
pakaiannya.
Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian
yang dijemur jirannya kelihatan betul2 bersih, dan dia maklumkan kepada
suaminya:"Lihat, seolah2 dia telah belajar bagaimana mencuci dengan
betul. Siapa agaknya yang sudah mengajarnya? "Si suami berkata, "Saya
bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita."
Begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain
bergantung kepada kejernihan pikiran (jendela) bilamana kita
memandangnya. Jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita.
Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita. Jika
PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita.
Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita.
Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik) Maka
kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita tetap
baik. Kerana itulah segalanya.
HATI menentukan FIKIRAN..FIKIRAN menentukan PERKATAAN & PERBUATAN...
2 hal yg paling baik di atas kebaikan..
nuffnang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Assalamualaikum w.b.t... Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..! Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.J...
-
7 Januari 2011 (Jumaat) – Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mengumumkan penganjuran prog...
-
Baru-baru ini Kundul ada mengunjungi Karnival Usahawan Desa yang diadakan di Presint 2, Putrajaya. Ianya dianjurkan oleh Kementerian Kemajua...
-
Lokasi : Pantri BED, Aras 6, KKLW, Putrajaya Lokasi: Aras 6, BED, KKLW Ismail Hashim, Ruhidin Kassim, Azmi bin Ahmad Suri dan Isa Sebahagi...
-
Kundul ingin menyentuh satu isu yang ada di akhbar hari ini 19 Mac 2010. Tapi ‘sentuhan’ Kundul ni tiadalah mengarah ke sensitiviti mana-man...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan