Lebih kurang tinggal 23 hari lagi, jika diberi kesempatan oleh Allah SWT, berpeluanglah sekalian kita menemukan bulan Ramadhan Al-Mubarak sekali lagi di tahun ini. Tahun 1431 Hijrah bersamaan tahun 2010 Masihi. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Lebih baik dari seribu bulan. Segala bentuk ibadah dilipat kali ganda berganda-ganda. Suatu tempoh kesempatan yang diberi kepada umat Islam. Malah kepada seluruh makhluk-Nya juga. Hanya 30 hari. Nilainya begitu besar yang jika ianya boleh diungkur dengan benda teramat mahal di dunia ini, pasti semua manusia akan saling brerebut-rebut untuk mendapatkannya. Tapi sayang, nilainya tiada tandingan. Ia tidak dapat diukur atau ditandingi walau dengan apa-apa juga.
Renung sejenak. Persiapan apa telah kita buat. Menyambut kedatangan bulan yang amat mulia ini. Apakah kehadirannya tahun ini akan sama juga seperti tahun-tahun yang sudah. Pergi dan berlalu ia begitu sahaja. Sia-sia tanpa memberi erti dan makna apa-apa. Apakah kali ini kita masih tidak mahu mengambil peluang andai diberi kesempatan waktu. Merebut segala manfaat keberkatannya yang tiada tertanding nilainya.
Ayuhlah. Sedarlah. Hadirnya bukan setakat mengingatkan kita akan susahnya menahan lapar dan dahaga? Itupun kita tiada sedar dan mengambil iktibar di sebalik kelaparan itu. Buatlah agar hadirnya kali ini membuat kita merasa gembira. Janganlah hanya kerana padanya menjanjikan kepada kita habuan keuntungan berkali kali lipat. Lalu kita kononnya suka dan seronok tidak terkira. Dalam hati hanya Dia yang tahu.
Renung dan fikirkanlah wahai jiwa yang tenang akan sekelumit coretan anak kampung ini...
nuffnang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Assalamualaikum w.b.t... Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..! Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.J...
-
7 Januari 2011 (Jumaat) – Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mengumumkan penganjuran prog...
-
Baru-baru ini Kundul ada mengunjungi Karnival Usahawan Desa yang diadakan di Presint 2, Putrajaya. Ianya dianjurkan oleh Kementerian Kemajua...
-
Lokasi : Pantri BED, Aras 6, KKLW, Putrajaya Lokasi: Aras 6, BED, KKLW Ismail Hashim, Ruhidin Kassim, Azmi bin Ahmad Suri dan Isa Sebahagi...
-
Kundul ingin menyentuh satu isu yang ada di akhbar hari ini 19 Mac 2010. Tapi ‘sentuhan’ Kundul ni tiadalah mengarah ke sensitiviti mana-man...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan